Pemimpin-pemimpin yang dibunuh oleh Israel Briged_Izz_ad-Din_al-Qassam

12 Julai 2006Tentera Udara Israel (IAF) mengebom sebuah rumah di kejiranan Sheikh Radwan di bandar Gaza, di mana komander Mohammed Deif, Ahmad Al-Ghandur dan Raid Said mengadakan mesyuarat. Rumah tiga tingkat itu diratakan sepenuhnya, menyebabkan pegawai Hamas Nabil Al-Salmiah, isteri dan lima anak mereka serta dua kanak-kanak lain maut. Dua daripada pimpinan itu mendapat cedera ringan manakala Mohammed Deif mendapat kecederaan tulang belakang yang memerlukan pembedahan empat jam.

1 Januari 2009Nizar Rayan, seorang pemimpin tertinggi Hamas berperanan sebagai perhubungan antara kepimpinan parti dengan sayap tenteranya, terbunuh dalam serangan oleh Tentera Udara Israel dalam Operation Cast Lead. Sebutir bom 2 000 paun digugurkan di rumahnya, menyebabkan kematian keempat-empat isterinya dan sebelas anak mereka.

3 Januari 2009Pesawat Israel menyerang kereta yang dinaiki oleh Abu Zakaria Al-Jamal yang menyebabkannya gugur syahid.

4 Januari 2009Tentera Udara Israel menyerang dan membunuh Husam Hamdan dan Muhammad Hilo di Khan Yunis.

15 Januari 2009Tentera Udara Israel mengebom sebuah rumah di Jabaliya. Serangan tersebut disasarkan kepada Menteri Dalam Negeri Palestin Said Seyam. Selain Said Seyam, komander briged Mohammed Watfa turut terbunuh.

19 Januari 2010Komander yang juga salah seorang pengasas Hamas, Mahmoud al-Mabhouh dibunuh di sebuah hotel di Dubai. Pihak polis Emiriah Arab Bersatu percaya bahawa pembunuhan didalangi badan risikan Israel, Mossad.

30 Julai 2010Issa Abdul Hadi Al-Batran terbunuh di kem pelarian Nuseirat akibat akibat serangan udara Israel.

14 November 2012Tentera Udara Israel mendalangi serangan udara yang membunuh Ahmad al-Ja'bari, ketua Briged al-Qassam. Beliau terbunuh bersama-sama tujuh yang lain dalam permulaan Operation Pillar of Defense.